Hal-hal Ajaib Tersembunyi di Dalam Pikiran


Apakah anda setuju jika saya katakan terdapat banyak hal-hal ajaib tersembunyi di dalam pikiran?


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam pikiran

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktivitas kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak memikirkan tentang lelah, anda akan semangat dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malas hari ini”, “Aku bosan hari ini”, anda akan benar-benar malas dan bosan. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Dari sini kita bisa simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan pikiran ke pikiran


Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada gangguan, anda sebenarnya telah mengantar gelombang pikiran kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka karena itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda teringat seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang pikirannya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu saja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang pikiran akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang pikiran tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia harus berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan kembali kepadanya.

4) Mengawal pikiran untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang dapat membuat anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mau mengawalnya. Jika anda memang tidak mau marah anda tidak akan marah.



Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi jalan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, dirangsang-rangsang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan bensin ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan saja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama berbicara seolah-olah tidak menghadapi masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang aktor. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Pikiran teransang melalui sholat dan doa

Sholat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Kenyataannya orang yang senantiasa berdoa dan senantiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan pikiran melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun puncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.

www.iluvislam.com
oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
dihantar oleh: putribalqisz

0 komentar:

Post a Comment

Pengunjung yang baik akan selalu meninggalkan komentar.